Honda Tawau : Suami Hadiahkan Isteri Honda City RS e:HEV Selepas Bersalin Anak Ke-7

Sebelum tu, jangan salah faham ye. Ini bukan saya yang deliver tau, ini kisah inspirasi untuk anda mana tahu anda nak hadiahkan pada isteri juga. Boleh hubungi saya, Mohamad Ayub Honda Tawau.

Dalam kehidupan berkeluarga, tiada yang lebih bermakna daripada melihat senyuman isteri tercinta. Baru-baru ini, seorang suami telah melakukan sesuatu yang luar biasa sebagai tanda penghargaan kepada isterinya. Mohd Yazid Bin Ismail, seorang ayah kepada tujuh orang anak, mengambil keputusan untuk menghadiahkan sebuah Honda City RS e:HEV kepada isterinya, Widyana Ali. Ini bukan sekadar hadiah, tetapi simbol kasih sayang dan penghargaan atas segala pengorbanan yang telah dilalui oleh isterinya sepanjang tempoh kehamilan dan melahirkan anak ke-7 mereka.

Yazid memilih untuk memberikan sebuah Honda City RS e:HEV sebagai hadiah kepada isterinya. Beliau berkata, kereta ini lebih kecil dan mudah dipandu, terutamanya ketika isteri perlu parking kereta di kawasan sempit, berbanding kereta mereka yang sedia ada, Kia Carnival yang lebih besar. Dengan Honda City RS e:HEV, Yazid berharap isterinya dapat bergerak dengan lebih mudah dan selesa.


Kenapa Honda City RS e:HEV? 


Kerana saiznya yang kompak dan reka bentuk yang elegan, tetapi juga kerana ia dilengkapi dengan teknologi hibrid yang canggih. Ini menjadikan pemanduan lebih lancar, penjimatan minyak yang lebih baik, dan juga mesra alam. Ia adalah pilihan yang bijak untuk sebuah keluarga besar yang mementingkan ekonomi dan keselesaan dalam satu masa.

Yazid turut berkongsi, hadiah ini bukanlah untuk menandingi pengorbanan isterinya, tetapi sekadar tanda penghargaan untuk segala usaha dan penat lelah yang telah dilaluinya. Bagi Yazid, memberi hadiah kepada isteri, walaupun kecil, mampu membuatkan hati isteri berbunga dan mengurangkan sedikit keletihan yang ditanggung.

Beliau juga menekankan bahawa tanggungjawab menjaga anak dan menguruskan rumah tangga adalah tanggungjawab bersama, dan suami perlu turut serta dalam memastikan isteri mendapat masa rehat yang cukup.

"Hadiah tanda penghargaan tak semestinya besar nilainya, yang penting kita tunjukkan kepada isteri bahawa kita menghargai segala pengorbanannya," kata Yazid, yang berterima kasih kepada isterinya kerana telah banyak berkorban untuk keluarga mereka.-Sumber

Tahniah buat keluarga Mohd Yazid dan Widyana atas kehadiran baby Nawwaf, dan semoga kereta baru ini membawa lebih banyak kemudahan dan kebahagiaan dalam hidup mereka!


Promosi Istimewa Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2024!


Salam sejahtera semua!Mohamad Ayub di sini dari Honda Tawau. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67, kami ada berita gembira untuk anda semua yang sedang mencari kereta idaman! 

Kini, Honda City ada diskaun hebat dari RM7,000 hingga RM8,000! Ya, betul tu—diskaun besar-besaran khas untuk anda yang nak memandu pulang kereta baru dengan penjimatan yang luar biasa. 

Jangan lepaskan peluang ni, datang segera ke Honda Tawau dan rasai sendiri pengalaman memandu Honda City yang penuh gaya, selesa, dan pastinya, jimat minyak!

Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk hubungi saya, Mohamad Ayub, di Honda Tawau. Saya sedia membantu anda mendapatkan tawaran terbaik sempena Hari Kemerdekaan ini.

https://linktr.ee/mohamadayubdotcom


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

........